Penyanyi yang  semakin popular, Awi Rafael kemalangan pada hari Rabu lalu (3 Ogos)  selepas pulang daripada sesi fotografi bersama majalah Media Hiburan.   Kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan sekitar kawasan berhampiran  Petaling Jaya lebih kurang jam 5 petang.
Kereta  pacuan empat roda yang dipandu oleh rakannya telah dilanggar dari  belakang menyebabkan keretanya berpusing dan terbabas sehingga melanggar  sebuah pokok.  
“Awi  dan rakannya bernasib baik kerana mereka tidak mengalami sebarang  kecederaan.  Awi diselamatkan oleh songkok yang dipakai selepas sesi  fotografi untuk hari raya itu,” ujar Pegawai Perhubungan Awam Warner  Music, Liyana yang dihubungi. Sumber MH


No comments:
Post a Comment