Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Friday, September 30, 2011

Jom tengok " Libas "


Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Menelan kos sebanyak RM2 juta, diperap selama tujuh tahun, wujudnya “Libas” arahan pengarah kreatif, Jurey Latiff Rosli wujud berpaksikan pada kecintaanya terhadap permainan tradisi, sepak takraw yang menurutnya semakin lama dilupakan kewujudannya terutama dikalangan anak muda. Menyedari fenomena tersebut,dia muncul bersama satu misi, memartabatkan permainan tersebut agar kembali dikenali menerusi medium dan ‘penyampaian’ kreatif, iaitu bikin filem!

Meskipun dihimpit pelbagai kritikan apabila segelintir audien melabelkannya plagiat kepada karya filem Stephen Chow, “Shaolin Soccer”, tanpa berselindung Jurey mengakui konsep filem bikinan pengarah berprolifik Hong Kong itu menjadi inspirasinya sahaja, namun “Libas” diadun genius sesuai dengan budaya masyarakat kita, atau dalam erti kata lain, kemelayuannya tetap ada.

Lupakan seketika mengenai kontemporari antara “Libas” Vs. “Shaolin Soccer” kerana tidak adil mengadili karya tempatan ini hanya kerana kita terlebih dahulu melihat Stephen Chow bertarung dengan ‘Evil Team’ berbanding Rosyam menentang pasukan AK Nangkhon.

Dari segi plot penceritaan, “Libas” sarat dengan unsur komikal yang mampu menggeletekkan perut mereka yang menonton dari awal hingga ke akhir. Namun intipati penting cerita ini adalah tentang kecintaan dan semangat membara mempertahankan maruah negara dari tewas di tangan musuh, dan takraw dijadikan simbolik, gelanggang takraw pula medan perangnya. Mungkin pengarah punya alasan rasional mengapa gelanggang bawah tanah tersembunyi di pusat kota metropolitan dijadikan arena pertembungan dua negara, kerana ia boleh saja dijalankan di sebuah stadium agar tampak lebih berprestij, seandainya ingin memartabatkan negara berbanding di tempat tersorok, yang kalau dilihat lebih kepada pertarungan ‘haram’, bersifat demi kepentingan sendiri. Barangkali Jurey ingin menyuntik mood pertarungan ‘gelap’ ala-ala filem Thailand seperti ‘Ong Bak’ Tak faham? Barangkali?

Dari segi penggunaan CGI yang keseluruhannya menggunakan medium tersebut, nyata membantu menjadikan teknik permainan dan pergerakan Takraw yang dilakukan oleh setiap pelakon nampak ‘real’. Mata boleh tertipu dengan kelincahan kaki Rosyam melibas Takraw, kelicikan Johan menimbang-nimbang bola keranjang, teruja dengan kehebatan Scha yang mampu membalun dua lelaki yang mengusiknya menggunakan kemahiran Takraw serta kebrutalan corak permainan pasukan Siam meskipun terdapat beberapa efek tidak selari dengan pergerakan pelakon. Tapi tidak mengapa, kerana perlu diingat ini kerana teknik ini pertama kali digunakan dalam filem sulung arahan pengarah baru serta terbitan  sulung syarikat MDAG Marketin Sdn Bhd. Jadi pujian harus diberikan atas usaha pertama kali ini.

Dari segi lakonan pula, kredibiliti hero filem Malaya, Rosyam Nor tidak perlu disangkal lagi. Namun begitu ianya tidak menenggelamkan lakonan Scha Al Yahya yang agak kaku sedikit (maklumlah penggambaran filem ini diambil pada tahun 2009, Scha pula adalan pendatang baru ketika itu). Malah, keserasian Scha sebagai Ratna, kekasih Rosyam lulus dalam menterjemahkan perwatakan dua insan sedang bercinta walau realitinya jarak umur kedua-dua pelakon ini jauh berbeza.. Pujian turut diberikan pada Johan dan Fadzly Kamarulzaman kerana watak Hamadi dan Kumok member impak besar filem ini. Tidak dilupakan lakonan GENG Takraw  Siam seperti  Mohd Zabri Ibrahim Corrie Lee, Yuswaisar, kerana mereka sememangnya menjiwai karekter lawan yang handal, menjengkelkan dan menggerunkan. Kombinasi semua karekter-karekter inilah yang menguatkan  “Libas”.

Menceritakan tentang Adnan Saladin juga dikenali dengan gelaran ‘Raja Libas’ yang berusaha menubuhkan pasukan sepak Takraw Malaysia dengan mencari bakat muda sebagai penerus legasi kehebatan Malaysia selepas pasukannya kalah teruk di tangan Siam. Nekad ingin menggembalikan maruah negara dan merampas kembali piala bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal dari pihak musuh, dia gigih melatih dua orang muridnya, bersiap sedia untuk sebuah kejohanan Takraw sedunia. Berhadapan dengan permainan kotor pasukan lawan, pembelotan musuh dalam lipatan, “Libas” secara harafiahnya, “Libas” berjaya menterjemahkan naskah terpendam Jurey selama 7 tahun dalam caranya yang tersendiri.

Punya mesej menarik, idea baru, kelakar, mendebarkan, jiwang-jiwang karat, lengkap dengan pelbagai ‘rasa’, “Libas” yang dibarisi barisan pelakon handalan seperti Rosyam Nor, Scha Al Yahya, Johan Raja Lawak, Corrie Lee, Mohd Zaid Ibrahim dan ramai lagi bakal ‘melibas’ pawagam 29 September ini. Mampukah Raja Libas melawan pasukan Siam yang penuh dengan taktik kotor? Paling penting, adakah “Libas” benar-benar meniru “Shaolin Soccer” jawapannya hanya bila anda beratur membeli tiket wayang, beli popcorn beserta minuman ringan dan layan “Libas”! Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!



P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

1 comment:

Derus said...

trailer nmpk best..kena pegi tgk ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...