Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp
Friday, November 4, 2011
Ibadah Haji
Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Kesemua jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia lebih kurang 3 juta akan mula bergerak menuju padang Arafah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Jumaat, 4 November 2011.Ada jemaah yang bermalam di Padang Arafah dan ada jemaah yang bermalam di Mina dan awal pagi 5 November 2011 akan berjalan kaki menuju ke Padang Arafah.
Wukuf akan hanya berlaku selepas gelincir matahari pada 5/11/2011. Ini adalah saat yang ditunggu oleh semua jemaah haji yang faham kerana pintu langit akan dibuka sebesar-besarnya. Waktu ini waktu paling mustajab doa yang lebih baik dari doa di Multazam. Ada yang yang sudah menunggu 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun dan mungkin lebih 80 tahun menunggu saat wukuf yang merupakan tamsilan kepada padang mahsyar. Jangan dipersiakan waktu ini mesti ada perancangan dan terbaik tulis semua doa supaya tiada yang tertinggal. Insya Allah dengan izin Allah kalau sempurna ibadah haji maka semua doa semasa wukuf akan diterima Allah samada cepat atau lambat sahaja.
Selesai wukuf jutaan manusia akan berebut-rebut untuk mabit di Mudzalifah sambil mengutip batu jamrah. Di Mudzalifah semua jemaah duduk ditengah padang pasir berbumbungkan langit. Selesai mabit di Mudzalifah semua jemaah akan bergerak ki Mina untuk melontar jamrah selama 3 hari tashrik bermula dengan melontar jamrah kubra. Ibadah Haji diakhiri dengan tawaf haji, sa’i haji dan tahlul.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat. Kesesakan jalanraya menuju ke Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan kembali ke Mekah. kesesakam kemah di Padang Arafah, kesesakan di padang pasir Mudzalifah dan Mina.
Masing-masing akan berusaha melepaskan diri masing-masing sama tamsilan di Padang Mashyar kelak. Ada yang marah-marah bas lewat sampai, ada yang baling makanan kerana tak sedap, ada yang bergaduh berebut tandas dan macam-macam lagi kejadian. Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita. 8 – 13 Zulhijjah benar- benar menguji ketahanan jiwa dan fizikal jemaah haji . Kerana itu persiapan perlu dibuat bertahun sebelum pergi.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai. Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur. Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Nota : Puasa sunat wukuf sangat besar ganjaran kepada muslimin dan muslimat yang tidak mengerjakan haji. Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
Labels:
Ibadah Haji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment