Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Monday, December 19, 2011

Bernafas dalam lumpur

KUCHING: Dua sahabat terselamat walaupun terbenam selama setengah jam dalam lumpur akibat ditindih sebuah kereta yang merempuh mereka dalam kejadian di Batu 4, Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 17 dan 21 tahun itu terselamat apabila motosikal dinaiki dirempuh kereta yang dipandu seorang wanita menyebabkan mereka terpelanting ke dalam longkang sebelum ditindih kenderaan berkenaan.
Menurut pemandu kereta berusia 37 tahun itu, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan di kawasan berkenaan sebelum merempuh motosikal mangsa ketika hendak membuat pusingan di Jalan Datuk Tawi Sli.

“Saya tidak menyedari terdapat sebuah motosikal di sebelah kereta saya ketika membuat pusingan untuk patah balik ke Batu 4, menyebabkan saya tidak sempat menekan brek dan merempuh mereka,” katanya.


Katanya, akibat gagal mengawal kenderaannya selepas rempuhan itu, keretanya terbabas ke dalam longkang di tepi jalan dan pada masa sama juga dua pemuda yang menunggang motosikal berkenaan terperangkap di bawah kereta.


“Saya terkejut apabila mendapati kedua-dua mangsa terbaring dalam longkang dan ditindih kereta saya. Mujur longkang itu kering, namun berlumpur dan mangsa dikeluarkan dengan bantuan bomba dan penyelamat.

“Bagaimanapun mereka terpaksa menunggu selama kira-kira setengah jam sebelum dapat dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.


Difahamkan, seorang daripada lelaki berkenaan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi mengalami luka di badan dan menerima rawatan di wad biasa HUS.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Sunday, December 18, 2011

Terkini Semakan Keputusan Guru Sandaran Tak Terlatih GSTT ambilan Disember 2011 – 19 Disember 2011

Akhirnya, hari yang ditunggu telah pun tiba. Anda boleh buat semakan keputusan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) ambilan 2011 pada 19 Disember 2011. Jadi, kepada yang berkenaan bolehlah membuat semakan pada hari tersebut. Saya juga akan update link untuk anda buat semakan diblog ini pada hari tersebut.


Sukacita dimaklumkan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuka talian semakan keputusan GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011 melalui portal rasmi http://www.moe.gov.my/ bermula 19 Disember 2011.Sumber dari Facebook KPM

Saya harap GSTT COS dan GTTS CFS yang terlibat dalam semakan ini akan gembira. Hari yang ditunggu telah pun tiba dan bagi yang akan berjaya, saya ucapkan tahniah terlebih dahulu. Bagi yang kurang berjaya, terima seadanya.

Terima kasih kepada KPM kerana update secepat mungkin. Saya tidak sangka dalam minggu depan. Tapi ini satu berita gembira buat semua GSTT yang terlibat. Inilah buah tangan dari KPM untuk para GSTT. Insya-Allah, anda semua ada peluang untuk diserap ke jawatan tetap selepas mengikuti kursus 18 bulan tersebut. Tahniah dan tahniah bagi anda semua.

Saya berani jamin, graduan ISMP mesti bising punya dengan keputusan ini. Sabarlah. GSTT ni bertahun-tahun lamanya untuk dapat peluang yang cuma 1 kali ini sahaja. Selepas ini, tak ada peluang macam ini lagi. Saya harap, anda bersabar dan GSTT ini bukannya diserap terus tahun depan. Mereka PERLU ikut latihan dulu. Baru akan diserapkan. Harap graduan ISMP boleh faham seadanya.Sumber dari ohcikgu.com

Ini semakan untuk GSTT yang sudah pergi semakan dokumen tempoh hari. Bukan untuk ambilan baru GSTT 2012. Tak ada ambilan baru lagi untuk GSTT. Dan sesiapa yang lepas semakan ini akan pergi mengikuti kursus. Apapun, semuanya akan terjawab pada 19 Disember nanti.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

8000 GSTT tak perlu bayar balik perbezaan gaji RM3476

Akhirnya, satu demi satu berita gembira hadir kepada golongan GSTT.Ada berita yang cukup menggembirakan hati-hati GSTT yang risau mereka terpaksa kena pulangkan gaji/elaun sebanyak 3 ribu lebih tu.

“KUALA LUMPUR: Nasib kira-kira 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) terbela apabila kerajaan bersetuju melupuskan RM3,476 perbezaan gaji yang sepatutnya dibayar balik kepada kerajaan.- Berita Harian 18 Disember 2011″

Dan malam ini jam 12 tengah malam ataupun esok pagi akan berakhirlah penantian golongan GSTT yang menunggu peluang untuk diserap ke jawatan tetap. Namun, mereka yang berjaya akan mengambil kursus di IPG atau universiti sebelum mereka diserap ke jawatan tetap dan dihantar ke sekolah-sekolah yang masih ada kekosongan.

Kepada yang berjaya, saya ucapkan ribuan dan jutaan tahniah kepada anda semua. Hasil usaha anda telah berbaloi dan biarpun ini adalah peluang yang hadir cuma sekali dalam seumur hidup, saya harap anda manfaatkan dan jadilah seorang guru yang berjaya, bertanggungjawab dan berdedikasi pada masa hadapan. Demi anak bangsa kita juga.

Kepada yang kurang berjaya, jangan sedih. Jika ini bukan takdir dan ketentuan untuk anda, yakinlah bahawa ada jalan lain yang lebih sesuai untuk anda. Jangan bersedih. Habis bersedih, mulalah cari kerja baru. Saya tahu ada yang mengharap sangat untuk diserap dan saya yakin ada yang mungkin tidak puas hati. Anda kena faham, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang. Jadi, bersabar dan terima seadanya.Sumber dari ohcikgu.com

Insya-Allah, saya akan update status semasa dan juga link semakan keputusan GSTT ambilan Disember 2011 ini dalam blog ini. Nantikan update dari saya dari masa ke semasa. Jika ada yang sudah tahu terlebih dahulu, jangan lupa maklumkan pada saya diruang komen agar saya boleh update secepat mungkin.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Saturday, December 17, 2011

SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.Dari ceupacs.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Friday, December 16, 2011

BORANG OPSYEN SKIM SBPA 2012

Tempoh untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula hari ini, 16 Disember 2012 sehingga 30 Disember 2012 ini tidak akan dilanjutkan. Hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.

Untuk Lampiran C SBPA, sila rujuk Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing.

Berikut adalah borang opsyen SBPA 2012 yang dikeluarkan oleh JPA :
LAMPIRAN F
F

LAMPIRAN GOPSYEN BAGI SKIM PERKHIDMATAN YANG DIKEKALKANPegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
G1

G2

G3

G4







LAMPIRAN HPegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
H1

H2

H3

H4

LAMPIRAN JOPSYEN BAGI SKIM PERKHIDMATAN YANG DIJUMUDKAN MELALUI PENGGABUNGAN/ NAIK TARAF/ PENARAFAN SEMULA / PEMANSUHAN FUNGSI DI BAWAH SBPAPegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA

J1


J2


J3


J4



LAMPIRAN KPegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
K1


K2


K3


K4



LAMPIRAN LOPSYEN BAGI JAWATAN JUMUD SEBELUM PELAKSANAAN SBPA DAN DIHAPUSKAN JAWATANPegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
L1


L2


L3


L4



LAMPIRAN MPegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA
M1


M2


M3


M4








Dokumen berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh diakses dan dimuat turun melalui laman web agensi-agensi seperti yang disenaraikan pada link dibawah. Anda dinasihati agar mengakses dan memuat turun dokumen SBPA melalui laman web agensi masing-masing
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Perhimpunan Bantahan SBPA Anjuran Cuepacs 18/12/2012 (AHAD)

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.

Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,”katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Thursday, December 15, 2011

BEBERAPA OPSYEN SBPA DI BANTAH

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.-ceupacs.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

CUEPACS MAHU TEMUI NAJIB ISNIN INI BERHUBUNG OPSYEN SBPA

KANGAR, 15 Dis : Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.

Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.

Antara perkara yang akan dibangkit ialah pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini, memandangkan perkara itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa berbincang dengan Cuepacs, katanya.

Katanya Cuepacs berkeyakinan segala perkara berbangkit dapat diselesaikan menerusi pertemuan itu memandangkan Perdana Menteri prihatin dengan kebajikan penjawat awam.

Beliau juga menyifatkan tempoh dua minggu bermula hari ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk membuat pilihan sebagai terlalu pendek dan kurang adil.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

SBPA HANYA ANIAYA KAKITANGAN AWAM

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.


Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.

"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.-ceupacs.blogspot.com
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN


KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

SEMAK KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 BERASRAMA PENUH 2012


Kementerian maklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011hingga 5 Januari 2012 di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk membuat semakan tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik pada link dibawah :

Semakan Tawaran ke SBP


Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana adik-adik masih lagi membuatrayuan permohonan kemasukan ke SBP dengan borang online e-Rayuan pada link dibawah. Tarikh tutup e-Rayuan ialah pada 5 Januari 2012 dan keputusan tertakluk pada kekosongan yang ada selepas pendaftaran murid-murid yang berjaya ke SBP masing-masing.

e-Rayuan Kemasukan Ke SBP


Perhatian : Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2011 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Wednesday, December 14, 2011

CUEPACS BAKAL BUAT KEPUTUSAN PENTING ESOK MENGENAI SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.


"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di sini, hari ini.

Katanya tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

Beliau berkata Cuepacs meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.

Katanya hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambahnya.

Omar berkata Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.

Katanya keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok.-ceupacs.blogspot.com

Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

PETUA ELAK CEPAT TUA


Setiap insan pasti akan hilang segenap kekuatan yang pernah dia miliki secara perlahan-lahan. Kita terpaksa akur dengan fitrah alam yang akan merenggut tulang-tulang kita menjadi rapuh, darah dan daging sudah tidak sesegar dulu lagi. Manakala rambut pula memutih dan kulit menjadi kering. Semuanya tidak lagi cantik dan menarik. Yang ada hanya tinggal kenangan. Begitulah bekas-bekas hasil perjuangan hidup. Jika kita telah sampai pada usia tua, salahkah memiliki semangat yang sentiasa muda?

Bagaimana kehidupan Rasulullah SAW pada usia tua?

Saat usia Rasulullah SAW menginjak 63 tahun, iaitu pada detik-detik terakhir hayatnya, baginda masih mengimamkan sembahyang berjemaah, mengajarkan ilmu, menyebarkan dakwah dan mengatur strategi penyebaran Islam ke luar Madinah.

Bayangkan ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sakit, tua dan lemah, baginda masih bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan Islam. Baginda juga masih menerima wahyu-wahyu yang merupakan titah perintah daripada Yang Maha Berkuasa.

Daripada Anas RA beliau berkata: ”Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW sebelum wafatnya, sampai detik-detik terakhir, baginda masih sering menerima wahyu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari-hari terakhir dalam hayatnya dipenuhi dengan semangat membara menghadapi hidup yang keras, perjuangan dan pengorbanan untuk agama Allah SWT.

Tetapi kini, sering kita melihat warga tua yang kalah dalam pertarungan emosinya sendiri. Baru saja masuk usia pencen sudah nampak slow, cepat sedih dan risau, tak mahu disentuh oleh pasangannya. Mula berpisah bilik tidur dan akhirnya tak peduli dengan dunia luar. Akibatnya diserang penyakit nyanyuk. Sungguh ironis jika keharmonian rumahtangga berakhir pada saat-saat seperti ini.

Anda dan suami akan tetap awet muda jika anda mengamalkan petua ini.

1. Jangan cepat risau dan sedih (depresi, stress dan seumpamanya)
Banyak penyakit yang biasa dialami orang tua seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Semua itu memang merbahaya tetapi ada jenis penyakit yang tak kurang bahayanya iaitu depresi. Terlalu risau dan melayan perasaan sedih menjadi punca anda akan cepat kelihatan tua. Nikmati hidup anda dengan bergembira, walaupun banyak masalah yang anda dan suami hadapi setiap hari. Kalau dulu risau belum memiliki anak, kini risau menjaga anak, dah anak dewasa risau pula mencari menantu, dah ada menantu selalu tak puas hati dengan layanannya. Lalu hadirnya cucu-cucu juga menyumbang kepada tekanan perasaan anda. Memang takkan habis pun ujian di dunia ini. Hingga ke syurga nanti barulah kita akan berasa tenang dan damai.

Ubat bagi kesedihan adalah kesibukan. Tidak ada yang dapat mengalihkan rasa sedih anda kecuali anda berpindah dari keadaan yang menyiksakan itu ke dalam situasi yang lain. Aktiviti yang positif, kerja amal dan banyakkan ibadat diharapkan mampu menyibukkan diri anda.

2. Jangan malas beramal dan merasa diri tidak berguna.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai dengan keadaannya ketika dia wafat.” (Hadis riwayat Muslim)

Iman tidak kenal usia pencen. Selagi kita bernafas ia wajib dijaga. Begitu juga dengan amalan saleh, tiada kata berhenti untuk beramal kerana kemuliaan manusia bukan terletak pada pangkat dan darjatnya, harta dan perhiasannya atau keturunan dan nasabnya. Ia akan dikenang kerana kemuliaan amal perbuatannya. Jika dia mati dalam keadaan semua orang yang mengenalinya merasa kehilangan dan sayang kepadanya, maka sesungguhnya dia adalah seorang yang betul-betul berpengaruh ke atas mereka. Pengaruh yang baik, bekas-bekas peninggalan yang baik, sejarah dan kenangan yang baik adalah termasuk amal yang saleh.

Hingga pada saatnya nanti, saat pertemuan antara hamba dengan Tuhan yang dikasihi, dengan reda anda menyatakan kalimah cinta ini:
”Wahai Tuhanku, saksikanlah tubuhku yang lemah, mata yang telah rabun, tulang-tulang ini, darah dan dagingku semuanya kupersembahkan kepada-Mu, mereka semua telah berjuang dan beribadah demi mendapat keredaan-Mu, Ya Allah. Bangkitkanlah mereka pada hari akhirat nanti dengan bekas-bekas perjuangan pada jalan-Mu.”

Jika Allah SWT menerima kita pada saat itu, rasanya tak perlulah kita berasa takut menjadi tua. Kerana uban dan kerepot itu adalah tanda saatnya kembali ke pangkuan Allah SWT. Menuju keabadian cinta dan reda-Nya. Wahai isteri-isteri salehah, genggam erat jari tangan kekasih-kekasih anda hingga ke akhir usia, tanpa suami di sisi, anda takkan mampu memiliki syurga dunia dan akhirat.-Dr Juanda Jaya
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Jadual Liga Malaysia 2012 | Piala FA 2012


Berikut adalah jadual penuh perlawanan Liga Malaysia 2012 bagi merebut Piala FA 2012 yang bakal berlangsung bermula pada Februari 2012 :

Tarikh Pusingan Pertama : 18 Februari 212
Tarikh Pusingan Kedua : 10 Mac 2012.
Tarikh suku akhir 1 : 24 Mac 2012
Tarikh Suku Akhir II : 27 Mac 2012
Tarikh Separuh Akhir : 21 April 2012
Tarikh Separuh Akhir II : 1 Mei 2012
Tarikh Final Liga Malaysia 2012 Piala FA : 19 Mei 2011


Pusingan Pertama (Kumpulan A)

Terengganu FA vs PDRM FA
Perak FA vs ATM FA
UiTM FC vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka FA
POS Malaysia vs USM FC
Sime Darby FC vs Sabah FA
Negeri Sembilan FA vs Johor FC
Shahzan Muda FC vs Selangor FA

Pusingan Pertama (Kumpulan B)

Kelantan FA vs Sarawak FA
Kuala Lumpur FA vs MP Muar FC
Harimau Muda B vs Pulau Pinang FA
KL SPA FC vs MB Johor Bharu FC
Kedah FA vs Selangor PKNS FC
Perlis FA vs PPSDM FC
Johor FA vs T-Team FC
Felda United FC vs Pahang FA
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

PENERANGAN BUAL BICARA KPPA MENGENAI SBPA 2012 DIALOG@1 DI TV1 – BERITA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya diberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penjawat awam sendiri.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata antara platform konsultasi ialah persatuan perkhidmatan awam, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).


“Kita juga mengambil kira pengalaman dan masalah yang dialami oleh penjawat awam sendiri di peringkat agensi, misalnya soal gaji maksimum, kenaikan pangkat dan kenaikan gred… perkara ini semua kita kaji.


“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan perkara ini pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober. Sekarang Disember, esok kertas opsyen baru akan diedar, jadi ini bukan tindakan tergesa-gesa tetapi telah diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam program Dialog yang disiarkan RTM1 Rabu.

Abu Bakar, yang menjadi tetamu program secara langsung itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Ibrahim Busu melalui laman Facebook, yang berpendapat SBPA diperkenalkan secara tergesa-gesa dan tanpa konsultasi mencukupi.

Beliau berkata skim SBPA diperkenalkan sebagai langkah pertama di bawah Pelan Induk Persaraan yang bertujuan menambah baik perkhidmatan awam. Menjawab soalan berhubung kebimbangan sebilangan penjawat awam yang khuatir diberikan nilai prestasi rendah di bawah SBPA, Abu Bakar menjelaskan kerajaan telah menetapkan bahawa tidak ada sesiapa yang akan teraniaya di bawah skim baru itu.
Beliau berkata penjawat awam yang memperoleh nilai prestasi di bawah 69 peratus akan dibuat penilaian semula oleh panel yang bakal ditubuhkan.


“Panel ini akan kaji apakah markah penjawat awam yang mendapat 69 peratus ke bawah pada 2012 ini merupakan pencapaian yang konsisten dengan tahun-tahun sebelumnya.

Kalau nilai prestasinya sama, maka memang penjawat awam itu berprestasi rendah, tetapi jika itu pertama kali dia mendapat nilai prestasi seperti itu, maka panel akan membuat kajian tertentu dan akan kemukakan cadangan.


“Antaranya, kalau markah mereka rendah tahun depan mungkin disebabkan masalah peribadi, kita beri kaunseling dulu. Kalau penjawat awam itu tidak sesuai dengan jawatan sedia ada, kita boleh cuba pindah ke jawatan lain,” katanya.

Sekiranya panel mendapati penilaian yang dibuat oleh ketua seseorang penjawat awam itu kurang adil, penilai baru akan dilantik bagi menilai semula prestasi penjawat awam berkenaan. Penilaian prestasi penjawat awam hanya akan diambil kira bermula tahun depan, iaitu apabila penjawat awam memilih untuk menerima SBPA, katanya.

Berhubung tanggapan pelaksanaan SBPA akan menutup peluang kenaikan pangkat mereka yang berada dalam perkhidmatan awam, Abu Bakar berkata dasar pelantikan terus dan ‘cross-linking’ dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertujuan menarik tenaga pakar untuk menyertai perkhidmatan awam tanpa menjejaskan peluang kenaikan pangkat bagi mereka yang sudah berada dalam perkhidmatan.

“Dasar ini diperkenalkan agar seiring dengan dasar kerajaan mengenai pakar yang kembali ke tanah air kerana kerajaan mendapati ramai warganegara Malayia yang berkhidmat di luar negara, dan mereka ini mempunyai kepakaran tertentu.


“Penyertaan mereka dalam perkhidmatan awam bukan untuk merebut peluang pengurusan. Jika pakar diperlukan, tidak ada masalah untuk kita mewujudkan jawatan untuk diisi oleh pakar tanpa menjejas peluang mereka yang berada dalam perkhidmatan,” katanya.

Abu Bakar juga menegaskan kemasukan pakar luar itu adalah alternatif terakhir sekiranya tidak ada tenaga pakar dalam perkhidmatan awam sendiri.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pemansuhan kira-kira 29,000 jawatan ekoran penyusunan semula dalam perkhidmatan awam. Bagaimanapun, Abu Bakar berkata langkah itu tidak akan menyebabkan mana-mana penjawat awam digugurkan atau dibersarakan.

“Apa yang berlaku ialah selepas perjawatan disusun semula ekoran SBPA, kita dapati banyak jawatan lama yang tidak lagi relevan seperti pengendali mesin, pencari fail dan jawatan-jawatan ini tidak diisi setelah sekian lama, sebab itu kita mansuhkan jawatan ini,” katanya.

SBPA akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Jan 2012 dan penjawat awam diberi pilihan sama ada menyertai skim itu, atau sebaliknya. Borang opsyen akan mula diedarkan Khamis (15 Disember 2011).
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Sifir Gaji SBPA 2012 – Contoh Pemindahan Gaji Guru


Berikut ialah slide yang menunjukkan contoh bagaimana pemindahan gaji di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilakukan.

Maklumat tentang SBPA yang perolehi dari facebook :

Slide Taklimat SBPA Khas Untuk Guru  (Full Version)
Laluan Kerjaya Guru SBPA

Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Penjelasan LNPT Dalam SBPA 2012

Sebelum ini ada menyebut tentang SBPA 2012 memerlukan penilaian dari Laporan Nilai Prestasi Tahunan ( LNPT ) untuk menentukan kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam.
Ada penjawat awam yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga mengemukakan cadangan berkaitan kelemahan penilaian oleh Ketua jabatan yang kadangkala berat sebelah dan dipengaruhi oleh faktor lain seperti pilih kasih selain dari penilaian kecemerlangan sebenar.


Berikut ialah penjelasan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjelaskan berkaitan isu LNPT :

Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:

1.Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013

2.Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.

3.Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.

4.Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.

Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.

Sumber : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Jadi, Ketua Pengarah mengambilkira pandangan ramai dan bertindak kearah ketelusan. Bekenaan isu LNPT dalam SBPA ini juga perlu lebih dikaji kelemahan dan kelebihan yang ada. Kerjasama semua pihak dalam memastikan sistem penilaian prestasi lebih baik pada masa akan datang amat diperlukan.
Tahun lepas permintaan untuk membatalkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah dipenuhi dan sekarang ada desas-desus mahu memansuhkan pula LNPT tetapi tiada cadangan bentuk penilaian pun yang dikemukakan. Sekiranya ianya dimansuhkan, takut nanti ramai kakitangan awam yang tidak berkhidmat dengan betul mengambil kesempatan.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Talian Hotline Pertanyaan Mengenai SBPA


Jika korang ada apa-apa pertanyaan mengenai SBPA,korang boleh la bertanya mengenainya di talian Hotline berikut..Talian Hotline SBPA Akan Mula Dibuka Dari 13-30 Disember 2011, mulai 8.30 pagi – 4.30 petang (hari bekerja)
1-03-8885 3201
2-03-8885 3227
3-03-8885 3232
4-03-8885 3072
5-03-8885 3283
6-03-8885 3293

ATAU

Email : sbpa@jpa.gov.my Tengok dulu pesanan dari Google ni....
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) | SPNB 2012 |



SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) | SPNB 2012 | Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Harga pembiayaan di bawah akan diberikan subsidi sebanyak satu pertiga (1/3) daripada kos pembiayaan oleh Kerajaan Persekutuan sementara dua per tiga (2/3) lagi adalah pinjaman tanpa faedah yang berlandaskan konsep Qadr ul – Hassan.
Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 03-2681 0180.
-
SYARAT-SYARAT PEMOHON
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Tuesday, December 13, 2011

SBPA: CUEPACS NASIHAT PENJAWAT AWAM TUNGGU KEPUTUSAN KONGRES

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.

"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini.

Katanya adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

Omar berkata terdapat juga rungutan mengenai tempoh menandatangani persetujuan memilih skim itu yang terlalu singkat dari 15 hingga 31 Dis ini, memandangkan ramai penjawat awam sedang bercuti pada tempoh tersebut.

Selain itu katanya, mereka juga masih tidak mendapat gambaran sebenar apa yang terkandung dalam SBPA.

Omar berkata kongres yang akan diadakan di Perlis itu juga akan membincangkan keperluan memohon kepada kerajaan agar melantik seorang senator bagi mewakili kepentingan penjawat awam.

-- BERNAMA
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Monday, December 12, 2011

Syarat Kelayakan Dapat Baucer Buku RM200


Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM260 juta untuk pemberian Baucer Buku RM200 kepada pelajar warganegara Malaysia di Institudi Pengajian Tinggi Awan ( IPTA ) dan Swasta ( IPTS ) tampatan, Matrikulasi serta pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara bermula 3 Januari 2012.
Syarat kelayakan terima bantuan Baucer buku RM200 :
Murid warganegara Malaysia yang berada di Tingkatan 6 dan Pelajar Matrikulasi pada Januari 2012.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Penuntut Institut Pendidikan Guru ( IPG ) dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) tidak layak  menerima baucar RM200 kerana teah menerima elaun buku sebanyak RM600.
Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) tidak layak menerima baucer kerana tidak dikira sebagai pelajar berikutan Pelatih KPLI adalah pelatih preperkhidmatan.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Borang Bantuan Rakyat RM500 Tipu?


Di saat kesibukan orang ramai untuk mendapatkan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.
Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.
“Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma,” katanya di sini semalam.
Untuk perhatian, borang bantuan rakyat RM500 adalah percuma. Dalam kesusahan sesetangah pihak yang sukar mendapatkan borang BR1M, ada pihak mengenakan bayaran terhadap borang tersebut. Mungkin kebanyakannya orang di kawasan pedalaman yang banyak terkena.
Sekiranya ada yang meminta bayaran bagi bayaran borang bantuan rakyat ini, lapor je pada polis, biar diorang kena. Kerajaan tak pernah pun umumkan borang ini ada kena bayaran apa-apapun. Harap maklum. Kosmo
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Sunday, December 11, 2011

Panduan Temuduga KPLI/ j-QAF

Panduan Temuduga KPLI/j-QAF. Anda mencari tips lengkap untuk temuduga KPLI-SR/j-Qaf yang akan diadakan pada 12 Disember 2011 nanti? Melalui post ini Admin ingin berkongsi satu informasi penting yang Admin yakin dapat membantu anda semasa temuduga itu nanti. Sebelum itu Admin ingin berkongsi beberapa info, maklumat terkini serta tarikh penting yang berkaitan KPLI/JQAF 2011-2012 yang wajib anda ‘alert’.
Tarikh Semakan calon berjaya : 04.12.2011
Tarikh temuduga : 12.12.2011 hingga 16.12.2011
Tarikh Semakan calon berjaya temuduga : 17.01.2012
Tarikh Lapor diri : 30.01.2012
Di perenggan bawah ini adalah Panduan Ringkas Temuduga KPLI j-QAFberdasarkan pengalaman calon temuduga yang lepas dalam menghadapi temuduga untuk ambilan guru j-QAF beberapa tahun lalu. Ia tidak menjanjikan ketepatan 100% kerana dinamiknya proses temuduga tersebut.
EMBERITAHUAN!:Untuk Panduan LENGKAP Temuduga KPLI j-QAF Edisi Terkini 2011-2012 anda boleh lihat melalui pautan ini.  Maklumat lanjut disini.

Panduan Temuduga KPLI j-QAF

SEBELUM TEMUDUGA
1. Sediakan sijil dan dokumen photocopy yang telah disahkan
2. Sediakan sijil asal yang dimasukkan ke dalam file holder dengan kemas.
3. Susun sijil asal di dalam file holder mengikut susunan sepertimana yang terkandung di dalam surat panggilan temuduga
4. Sediakan pakaian yang kemas sebelum temuduga.
Lelaki: Kameja lengan panjang warna terang, seluar gelap , bertali leher dan berkasut kulit gelap
Perempuan:Baju kurung yang kemas.

SEMASA TEMUDUGA
1. Tunjukkan muka yang manis semasa temuduga
2. Perkenalkan diri seadanya, ceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan mengapa memilih menjadi guru
3. Jawab soalan dengan sopan dan jujurlah dengan jawapan yang diberi. Jangan cuba menipu.
4. Tunjukkan eye contact dengan penemuduga dan jawablah soalan dengan penuh keyakinan
5. Jika ada sesi perbincangan dalam kumpulan, mulakan sesi perbincangan. Bertindaklah selaku moderator atau pengerusi kepada sesi perbincangan tersebut
6. Berinteraksilah dengaan baik ketika perbincangan kumpulan.

SELEPAS TEMUDUGA
1. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga
2. Senyum dan jangan terlalu memaksa penemuduga memberi keputusan

FORMAT TEMUDUGA (pengalaman temuduga ambilan j-QAF tahun 2007)
1. Perbincangan kumpulan.
7-8 calon diberi tajuk isu semasa, dan diminta berbincang dalam kumpulan. Berkomunikasilah dan cuba cari peluang terbaik untuk mengutarakan pandangan yang bernas. Jangan hanya diam sahaja. Anda sedang dinilai
2. Bacaan Al-Qur’an/tajwid
Ada sesi di mana anda diminta untuk membaca beberapa potong ayat Al-Qur’an dan akan disoal hukum tajwid. Jadi, ulangkaji sedikit sebanyak hukum tajwid
3. Sesi temuduga face to face
Ada beberapa orang panel penemuduga akan menemuduga calon.
Antara perkara yang MUNGKIN akan ditanya (ini adalah sebagai andaian berdasarkan pengalaman lalu). Selebihnya saudara/saudari perlu banyak membaca tentang isu dan dasar pendidikan.
4. Soalan esei bahasa arab (30 minit, ada 2 pilihan tajuk)

ANTARA YANG MUNGKIN DITANYA BERDASARKAN PERKARA BERIKUT:
PENGETAHUAN IKHTISAS
Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-
a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);
b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.
c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.
d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.
e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.
f) Metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.
g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.
h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

PENGETAHUAN AM/ISU SOSIAL SEMASA
Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

MAKLUMAT TAMBAHAN (PENTING):
1. Info berkenaan dengan PELAKSANAAN j-QAF
-Dasar dan latarbelakang j-QAF
-Model-model j-QAF
-Kaedah pengajaran untuk kanak-kanak
2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)
3. NKRA Pendidikan.
4. Ulangkaji kandungan ijazah pertama anda. Mungkin ada isu berkenaan dengan bidang ijazah anda dahulu.
Sumber: http://akademipenulisbebas.wordpress.com
Saya doakan semoga para calon temuduga KPLI/j-QAF akan berjaya dalam temuduga itu nanti. Isu-isu pendidikan terkini harus diambil perhatian. Soalannya mungkin berlainan daripada seorang calon yang lain pada waktu temuduga nanti. Ianya fleksible. Panduan atau tips yang ditulis diatas adalah sekadar ringkasan sahaja. Tak ramai tahu contoh soalan temuduga KPLI j-Qaf yang akan disoal nanti. Jadi Admin amat syorkan kepada Anda supaya mendapatkan Panduan LENGKAP Temuduga KPLI/j-QAF Terkini 2011-2012 segera sebelum ianya ditutup. Klik banner di bawah untuk melihat Panduan Lengkap tersebut:
Apa yang penting berdoalah moga dipermudahkan. Berusaha, berlaku jujur dengan penemuduga, berkeyakinan. Moga-moga berjaya. Lakukan solat hajat, dan minta restu ibu dan ayah. Ingatlah bahawa pesaing anda sangat ramai dan bukan calang-calang, jadi Admin nasihatkan agar jangan ambil mudah temuduga kali ini. Sekian artikel tentang Panduan Temuduga KPLI/j-QAF. 


Boleh juga amalkan doa-doa di bawah ni 
Semoga berjaya

Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Tips dan Panduan Temuduga KPLI JQAF 2012

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk sesi temuduga KPLI-SR j-QAF. Sesi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.


Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF.
Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri sesi temuduga KPLI-SR j-QAF:
1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal menyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Berdasarkan sesi temuduga KPLI-SR j-QAF, ramai calon dikenalpasti mempunyai banyak kelemahan dan gagal. Antaranya ialah :
1-Tiada keyakinan diri.
2-Tidak menunjukkan bakat dan minat ke arah kerjaya sebagai guru j-QAF.
3-Terlalu merendah diri.
4-Gagal mengawal tekanan semasa sesi temuduga individu.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Sesi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dengan jayanya.
Fokus utama sesi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga bakal diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.
Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 – 16 Disember 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Untuk anda berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF nanti, anda perlulah membuat persediaan secukupnya agar sebarang kelemahan yang ada dalam diri anda dapat diperbaiki. Usaha keras memperbaiki apa jua kelemahan diri agar dapat menampilkan prestasi yang optimum semasa sesi temuduga nanti.

Jadikan diri anda calon yang bersiap sedia dan mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Anda sudah berjaya sejauh ini, adakah anda mahu bersikap sambil lewa sahaja? Buat persediaan! Itulah yang paling penting. Dapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Temuduga KPLI j-QAF. Terdapat pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan kali ini. Maklumat lanjut disini. Selain dari itu boleh juga amalkan doa kat bawah .
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Saturday, December 10, 2011

SBPA : PENJAWAT AWAM TETAP DIUTAMAKAN DALAM SBPA

Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier, walaupun terdapat dasar membenarkan “orang luar” mengisi jawatan tersebut dalam skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan mula dikuatkuasakan Januari depan.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat terhadap penjawat awam yang layak mengisi kekosongan itu terlebih dahulu dan calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak untuk memegang jawatan itu.

“Penjawat awam jangan risau tentang perkara ini, sebab ini hanyalah persediaan. Kalau kita tak sediakan peruntukan ini sekarang dan kalau keperluan timbul nanti, waktu itulah baru kita nak buat pindaan dan sebagainya tentulah tak elok.

Setiap skim yang kita laksanakan bukan saja untuk mengatasi masalah sedia ada tapi juga melihat kemungkinan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa dalam skim baharu ini, jawatan premier perkhidmatan awam, peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah dasar tersebut, mengatakan ia seperti menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Abu Bakar berkata, bakat dari luar itu turut perlu melalui proses sepertimana pegawai dalaman termasuk saringan dan penilaian oleh satu panel yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Audit Negara.

“Jadi dia akan dinilai keupayaannya dari segi pengetahuan peraturan-peraturan perkhidmatan, kewangan, pengauditan dan sebagainya yang bermakna dia perlu cekap tentang urusan pentadbiran kerajaan dan dicampur dengan keupayaan dan pengalamannya berkhidmat di luar perkhidmatan awam barulah diberi pertimbangan,” katanya.

Setakat ini tiada kuota spesifik ditetapkan untuk pengambilan tersebut, namun menjangka keperluannya tidak akan melebihi 20 peratus daripada jumlah jawatan yang ada, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk urusan spesifik jangka pendek, seperti untuk menyertai kumpulan perundingan kedudukan negara dalam ekonomi, mereka yang tidak berada dalam perkhidmatan awam boleh diambil bekerja secara kontrak.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata SBPA bukanlah bertujuan untuk mengurangkan penjawat awam, tetapi bagi memastikan tenaga kerja dalam sektor awam itu dapat dikawal mengikut keperluan.

Beliau berkata, tahun ini sehingga hari ini sahaja sejumlah 29,000 jawatan dalam perkhidmatan awam dimansuhkan dalam usaha tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih baik.

“Sebagai contoh, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, kita mengambil 7,000 anggota polis yang selama ini berkhidmat di ibu pejabat dan balai, dipindahkan membuat kerja kawalan keselamatan awam dan tempat mereka ini digantikan dengan 4,200 penjawat awam dari agensi kerajaan lain,” katanya. – BERNAMA
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

JPA: DASAR LANTIKAN LUAR DITERUSKAN, JAMIN PENILAIAN KETAT

Dasar membawa pihak luar untuk menyandang jawatan tertinggi perkhidmatan awam — Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus — yang menjadi kebimbangan sebahagian kakitangan kerajaan akan diteruskan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilaksanakan sempurna.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata kakitangan tidak wajar risau kerana proses itu akan dijalankan dengan prosedur penilaian yang ketat.

“Mengapa mereka perlu riusau. Untuk membawa orang luar masuk, individu yang terbabit akan dinilai oleh panel penilaian dengan mengambil kira banyak aspek prosedur,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini melancarkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Abu Bakar berkata, kerajaan hanya akan mengambil orang luar jika keadaan betul-betul memerlukan dan tiada calon dalam perkhidmatan awam untuk mengisi mana-mana 36 jawatan tertinggi.

Jawatan-jawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-ketua Setiausaha kementerian, tiga ketua pengarah agensi pusat dan tujuh ketua perkhidmatan.

Abu Bakar menjelaskan bahawa orang luar yang dimaksudkan, yang dikhuatiri banyak pihak, termasuk pegawai-pegawai dari perkhidmatan lain seperti tentera, polis dan pendidikan.

Ketiga-tiga perkhidmatan itu ada suruhanjaya perkhidmatan masing-masing.

“Apa yang dimaksudkan dengan orang luar... misalnya katakan seorang ketua polis negara.

“Ataupun orang yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam, kemudian datang semula... apakah kita hendak anggap sebagai orang luar,” kata beliau sambil menambah bahawa “berkenaan dengan calon swasta, ia hanya akan diambil jika benar-benar tiada calon dari dalam perkhidmatan awam sendiri.”

“Ia akan digunakan jika keadaan betul-betul terdesak,” katanya lagi.

Abu Bakar menjelaskan akhirnya yang akan membuat keputusan adalah kerajaan selepas calon terbabit diputuskan oleh panel penilaian empat anggota.

“Kerajaan akan membuat keputusan akhir,” katanya lagi.

Dasar anjal ini adalah sebahagian daripada pendekatan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Abu Bakar juga menafikan andaian bahawa JUSA dan Turus akan diisi oleh orang yang kepentingan politik, malah akan menjejaskan moral kakitangan awam.

“Tidak, tidak. Kita kena lihat kepentingan negara dan kakitangan awam dalam jangka panjang,” katanya lagi.

Semalam, Pakatan Rakyat menggesa pentadbiran Najib dengan segera membatalkan dasar membuka JUSA dan Turus kepada orang luar, dijangka dilaksanakan tahun depan, kerana bimbang kemungkinan akan dijadikan pelantikan politik, selain boleh mecelarukan institusi perkhidmatan kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu membawa masuk orang luar untuk mengisi JUSA dan Turus sedikit sebanyak telah mendatangkan persoalan dan permasalahan kepada perkhidmatan awam secara keseluruhan.

“Apabila jawatan melibatkan JUSA dan Turus, khususnya merujuk kepada jawatan ketua setiausaha negara yang ada, ini menunjukkan bahawa jawatan nombor satu dalam pentadbiran kementerian, jabatan atau agensi boleh diisi oleh orang luar, sama ada dari sektor swasta mahupun lantikan politik,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Malah katanya, dasar itu juga telah mendapatkan kecaman Cuepacs.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu JUSA dan dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta.

Omar berkata, cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...