Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Wednesday, December 14, 2011

Penjelasan LNPT Dalam SBPA 2012


Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Sebelum ini ada menyebut tentang SBPA 2012 memerlukan penilaian dari Laporan Nilai Prestasi Tahunan ( LNPT ) untuk menentukan kecemerlangan dan kenaikan pangkat penjawat awam.
Ada penjawat awam yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga mengemukakan cadangan berkaitan kelemahan penilaian oleh Ketua jabatan yang kadangkala berat sebelah dan dipengaruhi oleh faktor lain seperti pilih kasih selain dari penilaian kecemerlangan sebenar.


Berikut ialah penjelasan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjelaskan berkaitan isu LNPT :

Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:

1.Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013

2.Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah.

3.Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.

4.Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.

Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.

Sumber : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Jadi, Ketua Pengarah mengambilkira pandangan ramai dan bertindak kearah ketelusan. Bekenaan isu LNPT dalam SBPA ini juga perlu lebih dikaji kelemahan dan kelebihan yang ada. Kerjasama semua pihak dalam memastikan sistem penilaian prestasi lebih baik pada masa akan datang amat diperlukan.
Tahun lepas permintaan untuk membatalkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah dipenuhi dan sekarang ada desas-desus mahu memansuhkan pula LNPT tetapi tiada cadangan bentuk penilaian pun yang dikemukakan. Sekiranya ianya dimansuhkan, takut nanti ramai kakitangan awam yang tidak berkhidmat dengan betul mengambil kesempatan. Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!



P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...