Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Hari ni saya bercadang nak kupas sikit pasal isi kandungan Bajet 2012 tentang gaji kakitangan awam ni. Ramai lagi yang masih blur dengan bajet 2012 ni . Kalau tak nak dengar saya kupas pun tak pa , boleh klik tengok Teks Bajet 2012 . Saya juga ingin mengupas tentang bajet-bajet yang lain dan minta komen dari anda sekalian kalau tersilap tafsir. Apa pun bajet kali adalah bajet yang menyeluruh , semua orang dapat , tak banyak pun dapatlah sedikit. Ini kata Presiden CEUPACS Datuk Omar Osman ,
“Saya seperti tidak percaya kerana apa yang dibentangkan Perdana Menteri sebentar tadi adalah satu pengumuman yang tidak disangka-sangka,”
"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.
Penjawat awam antara golongan yang paling untung dala Bajet 2012 . Tengok petikan ni...
Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Dalam petikan kat atas SBPA akan menggantikan SSM apa pun saya dengar maklumat kita akan di tawarkan nak terima atau tidak SBPA. Siapa tak nak terima dia kekal dengan SSM kan ? Betulkan kalau saya salah..
SBPA mempunyai elemen-eleman berikut :
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Petikan ni yang confius ni , apa kena mengena dengan yang prestasi rendah dan tinggi ? Sapa yang prestasi rendah diarahkan berhenti ke ? Tak pasti saya , terpulang pada anda mentafsirkan petikan ni .
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah RM6,325.39 kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370;
Apa yang anda paham tentang petikan di atas ? Maksudnya gaji mati kakitangan itu lebih tinggi dari asal , dapat menikmati kenaikan dalam tempoh yang agak lama. Itu je yang saya paham.
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16.
Guru tak perlu tunggu lama untuk naik pangkat , cukup 8 tahun berkhidmat terus dapat naik pangkat.
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Tengok gambarajah kat bawah , ini cuma ramalan kenaikan gaji tahunan SBPA, jangan percaya sehingga Pekeliling JPA keluar
Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta. Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
Pesara kerajaan dapat durian runtuh satiap tahun pencen naik 2% sapa nak bagi .
Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.
Umur persaraan wajib adalah 60 , jangan nyanyok masa kerja sudah la .
Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.
Boleh apply sambung belajar nanti .
Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak RM3,000 secara one-off.
Bekas pekerja kontrak tu dari tahun bila tu, kalau dah 10 tahun berhenti boleh dapat ka ? Sapa tau bagi komen .
Sebagai mengenang jasa bakti mereka, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup.
Dapat meringankan beban yang ditanggung oleh balu .Tapi ini tak datail sangat maksud saya dari tahun bila ? Kalau nak dikira dari tahun 1957 , jenuh kerajaan nak bayar , ada berapa ramai balu ?
Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20 sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009. Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat.
Yahoo !!! Guna elektrik bawah RM20 tak payah bayar lagi. Tapi rumah sendiri dok RM50 ke atas juga .....
Bagi tahun 2012, kerajaan akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskin sebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan had maksimum RNM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara RM150 hingga RM300 sebulan. KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir 500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.
Setiap kali bajet OKU , orang miskin mesti dapat habuan....
Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.
Bagi membantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah pertama, pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.
Ini berita baik ni .....tapi dalam baik baik pun ada tak baik juga . Semakin banyak hutang yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah ...rumah makin besar ..harga pun RM400,000 . Terpulang lah kepada tafsiran anda masing-masing .
Selain itu, melalui Program Pemulihan Rumah Terbengkalai, Kerajaan berjaya memulihkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) bagi 82 projek yang melibatkan lebih 15,000 unit rumah. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha murni ini pada tahun 2012 dengan peruntukan RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai. Kerajaan juga memperuntukkan RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
Ini berita baik untuk sapa yang kena tipu waktu beli rumah ...rumah tak siap hutang bank kena bayar.....ini berita cukup baik.
Kepada para nelayan, Kerajaan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi mereka ini yang tiada pendapatan tetap dan bergantung semata-mata kepada hasil tangkapan. Kita maklum bahawa, kebanyakan nelayan memiliki rumah yang daif dan kurang selesa. Sehubungan itu, Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan RM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
Nelayan pun dapat manfaat juga ...bukan setakat subsidi diesel saja ....jangan salah guna duit tu sudah la .
Kerajaan juga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana mereka bertugas berterusan melebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi ini sememangnya tidak kondusif untuk mereka memberi rawatan berkualiti. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaun on-call semalaman antara RM30 hingga RM80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Ini berita baik untuk Doktor dan kakitangan perubatan. nasib mereka terbela jua.
Selain menjaga kebajikan serta menambah baik perkhidmatan teksi, kerajaan mencadangkan pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuan seperti berikut:
Pertama: Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;
Kedua: Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;
Ketiga: Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milikpersendirian;
Keempat: Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012; dan
Kelima: Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.
Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. Bagi kesemua bantuan di atas, setiap pemilik teksi bajet persendirian dijangka mendapat manfaat kira-kira RM7,560. Pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian.
Untunglah pemilik teksi bajet persendirian ......nak suruh tukar teksi baru lah tu.
Bagi mempastikan kebajikan rakyat terus terbela, Kerajaan telah menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk memberi perlindungan sementara golongan gelandangan. Pusat ini menyediakan khidmat bantuan pekerjaan, kemudahan tempat tinggal dan makanan, kaunseling serta bantuan kebajikan. Pada masa ini, terdapat hampir 1,400 orang gelandangan di Kuala Lumpur yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan daripada jumlah tersebut, 250 orang telah mendaftar dengan Anjung Singgah. Program ini akan diperluaskan ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
Kalau tak dak tempat menginap kat KL ...boleh tak tumpang tidur sini ?
Pada masa ini, futsal semakin popular di kalangan belia dan peminat sukan. Bagi menggalakkan aktiviti sukan ini, kerajaan telah siap membina 1,100 gelanggang futsal di seluruh negara, manakala 527 lagi sedang dalam pembinaan. Memandangkan populariti sukan tersebut, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai. Bagi meningkatkan aktiviti riadah terutama sukan bola sepak, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan kemudahan padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
Lepas ni nak main futsal tak payah bayar duit dah...habis gulung tikar pengusaha gelanggang futsal.!!
Air bah atau banjir merupakan bencana utama negara dan setiap tahun kerajaan membelanjakan satu bilion ringgit bagi menampung kos kerugian dalam pelbagai aspek kehidupan. Pada masa ini, terdapat 4 juta penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko banjir. Sebagai tindakan awal, Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Berita baik untuk rakyat negeri Perlis ni lepas ni tak takut banjir lagi dah ......Tapi kesian Kedah tak dapat pun ...Kedah pun selalu banjir juga......apa dah jadi !!!!
Pertama: Bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.
Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Ini umpan semua ni nak suruh kita buka akaun Income Tax ....macam serah diri lah tu .....kena declare semua ...silap silap nak dapat RM500 tapi kena bayar LHDN lebih pada tu. Kepada yang berlagak miskin tu tak payah lah dok gatai serah diri .
Kedua: Bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM530 juta. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan
Ini memang rezeki terpijak ni ...Alhamdulillah
Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618,000 pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion.
Kira macam dapat sebulan gaji lah ...hari tu Raya Puasa dapat separuh ....Disember dapat separuh. Alhamdulillah.
Menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka, Kerajaan dengan ini bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli-ahli Parlimen sekalian. Dengan syarat... kedua-dua belah pihak, parti Kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Baru baru ni dengar desas desus Anwar tak setuju pulak ,kenapa ye ?
Sebagai penutup Bajet 2012 ini memang mengejutkan semua orang sampai YB PM kata lebih kurang macam ni " Saya dah buat kajian dengan kakitangan Kementerian Kewangan , mereka bukan PAK PANDIR , mereka tu lulusan PHD semua tu " . Nak tergelak juga perkataan pak pandir tu . Apa pun jangan lupa Allah. Wasallam .
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
No comments:
Post a Comment