Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Monday, October 24, 2011

Kisah Teladan Maryam Ibu Isa A.S.


Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!


Hari ini saya nak kongsi kisah Maryam Ibu Nabi Isa A.S......
Ibu Maryam A.S bernazar agar anaknya sentiasa mengabdikan dirinya untuk agama  Allah SWT. Nazar itu diterima Allah dan sejak kecil lagi Maryam dipelihara oleh Nabi Zakaria A.S. Maryam tekun beruzlah dan  beribadah kepada Allah SWT. Pada suatu hari,  malaikat Jibrail muncul di depannya dengan rupa paras manusia. Alangkah terkejutnya Maryam dan dengan segera Maryam memohon perlindungan daripada Allah SWT. Lantas Jibril menyampaikan berita bahawa Allah SWT akan menganugerahkan Maryam seorang putera yang suci.

 Maryam berkata,”Bagaimana aku akan memperoleh seorang putera, padahal tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan seorang perempuan yang jahat.”
Jibril menjelaskan mencipta anak tanpa bapa itu mudah bagi Allah. Mukjizat ini merupakan tanda kekuasaan Allah dan merupakan rahmat kepada seluruh manusia. Hal yang serupa telahpun terjadi apabila Adam AS dan Hawa dicipta Allah SWT tanpa pengantara ibu dan bapa.

Sungguhpun begitu semasa mengandung Maryam menyisihkan diri ke suatu tempat yang jauh
agar nama baik keluarganya terpelihara daripada sangkaan yang buruk. Sedih sungguh perasaan Maryam, tambah-tambah lagi dalam keadaan dirinya sakit untuk bersalin. Tiada sesiapa pun
daripada ahli keluarganya yang dapat menolong. Maryam pun berdoa dan dalam keadaan yang getir itu, Allah SWT mengutuskan Jibril a.s untuk memberi bantuan.

Selepas bersalin Maryam membawa bayi itu kepada kaumnya dengan menggendongnya.Kaumnya berkata,”Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu perbuatan yang terkutuk!” Maryam tidak menjawab – hanya sekadar menunding jari  ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.

Tiba-tiba Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikan kepadaku al-Kitab dan Dia mengangkat aku menjadi Nabi.” Lalu cerita tentang bayi yang boleh bercakap tersebar di seluruh wilayah Palestin. Isa A.S  telah mematikan fitnah orang ramai terhadap ibunya.

Demikian pengorbanan seorang hamba Allah yang bernama Maryam. Wassalaam. Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!



P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...