Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Assalaamualaikum dan selamat petang ..ArauBlogger nak kongsi berita artis tempatan ni ....baru-baru ini ramai artis yang "berhijrah" dengan bertudung termasuklah Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir . Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.
Irma Cari Calon Suami
BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan. Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya. Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri. “Saya akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami,” kata pelakon drama Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.
Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini. Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya. “Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.
Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
“Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah. “Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu,” katanya.
Kematian petunjuk jelas buat Nana
KEMATIAN bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin banyak menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung.Bagi Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.
“Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.“Saya tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan dan jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi yang lebih baik, saya akan meneruskannya,” katanya.
Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.
“Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.“Selain menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan mencubanya.“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang. Walaupun tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah cinta barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.
“Cukuplah jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang lebih penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa,” katanya.
Diana masih belajar
BELUM sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai tudung, hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang diambilnya itu. Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya. Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.
“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung. “Selepas memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam. “Bagi saya, untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama adalah tiang kita dan itulah yang saya pegang hari ini,” kata pelakon filem Aku Masih Dara.
Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.
Justeru, katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam, Selangor. “Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat. “Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.
Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya. Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan berpakaian? “Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan. “Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan,” katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.
Sumber dari scaniaz.blogspot
Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
No comments:
Post a Comment