Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Ramai dari kita berhutang. Sedikit atau banyak. Hutang kereta, rumah, peribadi, kedai, syarikat, PTPTN, MARA dan banyak lagi. Jika anda hidup di kelilingi hutang, cubalah doa ini :
Doa tu merupakan doa untuk mengatasi masalah hutang kita yang berpanjangan. Di dalamnya, ada beberapa permohonan agar Allah SWT melindungi kita dari masalah-masalah dalam hidup yang berkait secara langsung atau tidak dengan masalah hutang.
"Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih.”
Orang yang sedang berhutang biasanya mudah menjadi bingung dan tenggelam dalam kesedihan.
"Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas.”
Biasanya orang yang berhutang akan cenderung menjadi lemah. Dan biasanya orang yang malas dan tidak kreatif dalam menjalani perjuangan hidup cenderung mencari pinjaman/berhutang ketika sedikit saja menghadapi rintangan dalam hidup. Sedangkan orang yang rajin cenderung untuk mencari ruang dan peluang membina hidup.
"Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kikir.”
Biasanya orang yang berhutang menjadi orang yang diliputi rasa takut lalu cenderung menjadi pengecut. mentalnya jatuh. batin lemah juga. Jauh dari sifat pemberani. Mentalnya jatuh dan tidak mudah memiliki kemantapan batin. Dan orang yang berhutang mudah menjadi kedekut, jauh dari sifat demawan. kenapa? kerana dalam kepala otak dia cakap:
"Macam mana nak bersedekah, hutang aku pun banyak? tak bayar lagi?"
"Dan aku berlindung kepada Engkau dari dibelenggu hutang dan fitnah manusia."
Mengandungi inti permohonan seorang yang dibelenggu hutang. kita serahkan harapan kita, sepenuhnya, kepada Allah SWT, Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji agar meringankan masalah hutang yang berpanjangan membebani hidup kita. Di samping itu, kita memohon agar dilindungi Allah SWT dari fitnah manusia. pihak pemberi hutang kan selalunya menzalimi orang yang berhutang kepada mereka? setelah meminjamkan duit, si pemberi hutang merasa berhak ke atas yang berhutang, so dia buat sesuka hati asalkan hutang dilunasi segera. jadi, doa terakhir itu kita mintak supaya Allah lindungi kita dari kekejaman mereka.
Wassallam. Nak lebih info tanyalah Ustaz atau Ustazah. Insyaallah dalam entry selepas ini saya akan bagi keterangan hadis tentang doa ini. Saya telah mengamalkan doa ini ,alhamdulillah rezki saya ada bertambah sikit .....cubalah sendiri.
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
No comments:
Post a Comment