Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp
Wednesday, November 2, 2011
Apa Itu Jadual Gaji Sebaris SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bajet 2012 ?
Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Hari ni saya nak kongsi satu cerita hasil aktiviti mengGoogle tadi dapat lah satu artikel untuk dipublishkan. Korang nak percaya , percayalah , tak nak percaya pun tak pe! Korang faham ke apa yang dikatakan dengan Jadual Gaji Sebaris SBPA? Saya sendiri pun sebenarnya masih amat blur mengenai skim gaji kakitangan awam baharu ini. Tengok petikan kat bawah …….
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.
Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.
p/s Tengok tempat yang sata bold merah tu maksudnya nak naik gaji 7 -13 % kena sign pencen sampai umur 60 dulu, masalahnya bukan semua nak pencen umur 60 terutama kaum perempuan yang dah nyanyuk pada umur 60 tu.
Hasil himpunan komen kakitangan awam yang lain melalui laman blog CEUPACS, dapat saya simpulkan bahawa Jadual Gaji Sebaris SBPA bolehlah ditafsirkan seperti di bawah:
Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95
dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20
Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)
jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320
Satu lagi, saya rasa skim baharu ini tidak diwajibkan untuk semua kakitangan awam. Kita boleh pilih nak terima atau tak terima. Sapa yang tak larat nak kerja sampai umur 60 tu tak payah lah terima, betul ke ni ! . Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu ( layan petikan kat bawah )….
Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Satu persoalan yang bermain-main di kepala saya kini ialah adakah dengan menerima skim baharu ini, penjawat awam akan dibolehkan untuk dikenakan tindakan pemberhentian tugas yang lebih tegas berbanding di bawah skim yang lama sekiranya menunjukkan prestasi yang buruk semasa dalam perkhidmatan? Dan adakah mereka dibenarkan untuk pencen dalam usia yang muda seperti yang terkandung dalam teks yang sama , layan petikan bawah..
SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Pemisah? Bagaimana perlaksanaannya dan sejauh mana ianya radikal? Saya rasa kesemua intipati berkaitan dasar dan skim baharu ini terlalu kabur untuk dinilai oleh kakitangan awam, sehinggakan ia menimbulkan banyak persepsi yang kurang sedap untuk didengar. Satu-satunya intipati yang mudah difahami mengenai pengumuman fokus keempat Bajet 2012 ini hanyalah yang berkaitan dengan Cikgu. Cikgu lah yang paling untung dalam BAJET 2012.
Setuju ke tak setuju?
Apa pun JANGAN BUAT RAMALAN SENDIRI, TUNGGU PEKELILING JPA KELUAR. Mungkin juga hanya saya yang gagal mentafsirkannya! Minta pendapat anda. Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
Labels:
Jadual Gaji Sebaris SBPA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment