

Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh hari ini menandatagani perjanjian untuk berundur selepas 33 tahun berkuasa berikutan keganasan meletus yang menyaksikan pertumpahan darah sejak sekian lama di negaranya.
Upacara menandatangani perjanjian itu disaksikan Raja Arab Saudi Raja Abdullah di Istana Al-Yamama, Riyadh, sekali gus membuka 'era baru' dalam memperkukuhkan hubungan di kalangan dunia Arab.

Bagaimanapun, sejurus jaminan itu diberikan Saleh, ribuan penunjuk perasaan di ibu negara Sanaa menolak perjanjian berkenaan kerana ia masih memberi kekebalan kepada Saleh dan keluarganya dariada sebarang pendakwaan.
Menerusi perjanjian itu, Saleh akan menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi tetapi kekal sebagai Presiden Terhormat selama 90 hari. - AFP



No comments:
Post a Comment