Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Thursday, November 24, 2011

Elemen 22 Apek Khairul Fahmi


Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Harimau Malaya di bawah kendalian Ong Kim Swee ghairah mahu rampas mata daripada Bahrain

“SAYA mahu sentiasa muncul pemain terbaik di kalangan 22 pemain atas padang!”

Itulah nada suara positif penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika menceritakan elemen ini sebagai membakar semangat setiap kali dia masuk ke gelanggang membantu skuad negara.
Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
“Setiap kali masuk padang, saya cuba tunjuk persembahan terbaik.

Sudah pasti saya mahu mengatasi pemain lain - baik rakan mahu pun lawan - untuk menjadi terbaik antara 22 pemain,” katanya yang menjadi tonggak penting menyekat penyerang Syria daripada membocori gawang skuad negara secara lebih kerap, kelmarin.

Kapten itu menambah: “Saya juga sentiasa mahu beraksi baik membantu kemenangan pasukan negara kerana faktor penonton. Mereka amat penting untuk membantu bangkitkan semangat pasukan. Mereka adalah antara motivasi besar saya ketika ini.”

Tidak dinafikan sumbangan besar Apek di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini dan perlawanan menentang Syria, kelmarin harus diberikan satu pengiktirafan selepas banyak menyekat lawan menambahkan jaringan.
Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan ‘magis’ setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.
pix_gal0
“Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan,” katanya.

Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini.

“Saya sedar kelayakan Olimpik adalah pentas terbaik untuk menonjolkan diri. Dalam perlawanan semalam (kelmarin) semua pemain sudah melakukan yang terbaik dan mereka begitu mahukan kejayaan mencipta sejarah kami tersendiri.

“Secara peribadi, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi saya terutamanya selepas bolos dua kali. Saya juga ada menjalani latihan tambahan bersama rakan sepasukan dan kami saling menegur kesilapan antara satu sama lain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya terutamanya menentang Bahrain, Ahad ini,” katanya. Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!



P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...