Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Thursday, November 24, 2011

Pelajar IPT boleh berpolitik


Video Terbaru Tahun Baru Cina dari Petronas.....Saksikan !!!
Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik.

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus.
Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'.
“Kerajaan akan membenarkan mereka menjadi ahli politik, tetapi bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan politik kepartian dibawa ke dalam mana-mana kampus,” katanya ketika membentangkan usul pembatalan Proklamasi Darurat, di Parlimen semalam.



Beliau juga berkata, kerajaan percaya terhadap kematangan dan kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini.

“Ia sejajar dengan semangat pembaharuan undang-undang negara supaya selaras kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan memastikan negara sentiasa ke hadapan, mengimbangi antara keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu,” katanya.

Najib juga menjelaskan kerajaan pada prinsipnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang negara,” katanya.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5) (a) AUKU yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.  - Berita Harian Proton Exora Bold Terbaru Dari Proton...Tengok je tak beli tak pe!!!



P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...