Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Showing posts with label Pekeliling SBPA. Show all posts
Showing posts with label Pekeliling SBPA. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Pekeliling SBPA tak keluar pun pada 5 Nov 2011

Ribuan maaf saya mohon kepada anda sekalian sebab kata pekeliling SBPA keluar 5 Nov 2011.Hari 5 Nov 2011 saya cek dalam web JPA tak keluar pun . Yang ada cuma petikan ni ...




Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya


Tunggu la ye Pekeliling SBPA akan keluar juga pertengahan Disember 2011 agaknye..
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Thursday, December 1, 2011

Senarai Laman Web Terlibat Dalam Hebahan Pekeliling SBPA


Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua,pekeliling SBPA akan diumumkan tak lama lagi,pekeliling mengenai SBPA  ini akan dihebahkan secara serentak menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan portal-portal atau laman web berikut:-Buat masa ni,URL ke laman web masih belum aktif. Kemungkinan akan keluar pada 5 Disember 2011. Sama-sama kita tunggu betul ke tak , saya pun agak-agak saja....
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Sunday, October 16, 2011

Pekeliling JPA SBPA akan dikeluarkan apabila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan


Banyak carian dalam internet mencari Pekeliling JPA SBPA.Di sini saya nak bagitau bahawa :

Sesuatu rang undang-undang hanya terpakai setelah diluluskan di Parlimen.Jadi bagi membolehkan JPA mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai SBPA atau lain-lain pekeliling mereka perlu tunggu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen terlebih dahulu.

Kat bawah ni adalah petikan dari Laman Web JPA

Pemakluman Berkenaan Pekeliling SBPA
   
14 OKTOBER 2011 


Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Baca selanjutnya untuk keterangan lanjut

Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:
i. Bacaan Pertama:
Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan;
ii. Bacaan Kedua:
Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang undang berkenaan melalui undi;
iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang undang-undang jika perlu;
iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Jadi  ini bermakna kita kena tunggu rang undang-undang bagi bajet 2012 ini diluluskan terlebih dahulu,.jadi harap bersabar.InsyaAllah  blog ni akan update nanti jika pekeliling mengenai SBPA dah keluar..
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...