Belajar Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

Friday, December 2, 2011

3 Pekeliling SBPA akan keluar serentak pada 5 Nov 2011

KEMASKINI 2/12.2011: Update dari sumber yang paling boleh dipercayai SBPA secara rasmi akan mengeluarkan TIGA pekeliling sekaligus paling awal pada 5 Nov 2011. Merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM..






Bila Pekeliling Sbpa release? Minggu depan!!..tunggukan update terbaru dari saya nanti..ramai dah yang tak sabar nampaknya..keyword yang masuk pun pasal SBPA je…tunggu ea penjawat awam semua..saya pun tak sabar jugak ni..lihat senarai laman web terlibat dalam hebahan pekeliling SBPA, apa itu SBPA dan pelbagai entry saya berkaitan SBPA
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Thursday, December 1, 2011

Catriona Ross Jadi Ustazah


Pelakon drama yang dikenali dengan Cat  telah 'berhijrah' dengan memakai tudung sepenuhnya tak lama dulu . Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.
Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.
“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.


“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Penjaga gol terbaik 2011 milik Apek atau Kharul Fahmi Che Mat

Penjaga gol terbaik 2011 milik Apek

BINTANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak mahu leka dengan pengiktirafan memenangi Anugerah Supermokh, semalam sebaliknya menganggap ia membakar semangat untuk menggandakan usaha membantu Kelantan dan skuad Malaysia, tahun depan.


Pemenang Anugerah
Anugerah Supermokh - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pertahanan Terbaik - Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)
Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)
Jurulatih Terbaik - Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)
Pemain Harapan - Wan Zack Haikal Wan Noor (Harimau Muda A)
Persatuan Negeri Terbaik - Selangor
Kelab Terbaik - PKNS
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Bajet 2012 Daftar bantuan RM500 10 Disember

Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara,” katanya.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.- Berita Harian
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Pengakuan Nor Hashidah Harmi atau Shida gambar Khairul Fahmi

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.




Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya. - Harian Metro
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Pekeliling SBPA Diramal Keluar 5 Disember 2011

Ada sedikit info terbaru mengenai SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)..info ni saya dapati di CG…Bila Pekeliling SBPA ni keluar?..ok,mengikut maklumat yang diberikan, Pekeliling  SBPA dijangka keluar pada 5 Disember 2011..jadi di bawah ada sedikit info mengenai SBPA ni..apepun tunggu pekeliling rasmi SBPA nanti.


1. Opsyen ditawarkan dalam tempoh 15 hari (16 Disember – 31 Disember 2012).

2. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % – tiada kenaikan
d. Markah 70 % – di syorkan tamat perkhidmatan

Bayangkan jika gaji RM 3k..dpt LNPT 95% : 3k x 15% = KENAIKAN

Jadi,mungkin budaya bodek membodek akan ketara..

4.Pengurangan pengambilan jawatan baru.

5. Dasar baru bagi Penjawat Awam yang memiliki kemahiran tetapi tidak dapat berkembang di jawatan asal. Contoh PDRM: (Pegawai Pangkat ASP yang ada kemahiran mengendalikan kapal terbang.akan diberikan gaji setaraf DSP) – Bagus untuk mereka yang mempunyai kemahiran.

6. Cth:-Gaji permulaan N17 SSM RM870.38, dan apabila menerima opsyen SBPA kelak maka gaji adalah P1 RM 955 dan jadual gaji sebaris adalah sehingga T18. Bermakna pelarasan gaji sebanyak RM135.

7. Bagi mereka yang menolak SBPA, mereka akan dikekalkan dibawah SSM, menerima gaji SSM dan dasar kenaikan pangkat (N17 perlu 15 tahun untuk ke Gred N22) adalah digunapakai seperti mana biasa.

8. PDRM banyak mendapat pelarasan,,contoh:KONST dari gaji basic 8++ akan mendapat sehingga 1+++ untuk T1.

9. JPA akan meneruskan pada tahun 2013 dengan menyemak kadar imbuhan dan elaun sedia ada. Samada elaun akan dimansuhkan, ditambah baik, Bajet untuk SBPA adalah melibatkan sebanyak RM 3 bilion.

10. Tempoh pengesahan dalam perkhidmatan lebih singkat @ 6 bulan.(Lebih Kurang Swasta)

11. Pergerakan Gaji Tahunan macam biasa (bln 1,4,8,12) tetapi dalam sistem gaji sebaris..akan ada sistem “bracketting” -

Apepun ini adalah sedikit perkongsian untuk pembaca semua,sejauh mana kebenaran mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni..kita tunggu nanti ok..... 
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!

Senarai Laman Web Terlibat Dalam Hebahan Pekeliling SBPA


Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua,pekeliling SBPA akan diumumkan tak lama lagi,pekeliling mengenai SBPA  ini akan dihebahkan secara serentak menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan portal-portal atau laman web berikut:-Buat masa ni,URL ke laman web masih belum aktif. Kemungkinan akan keluar pada 5 Disember 2011. Sama-sama kita tunggu betul ke tak , saya pun agak-agak saja....
Baca Lagi......
P/S : Beli iPhones iPads yang diminati kat sini.....Sold.my !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...